Hubungan sulit ketiga bekas CEO Nvidia pula terbongkar

Iklan
Keputusan pengunduran Huang berpotensi memberi kesan kepada industri AI yang turut dibentuk menerusi kepimpinannya. - Foto Agensi

SAN FRANCISCO – Kontroversi membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang masih belum berakhir apabila beliau didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang lagi kakitangan syarikat itu.

Pendedahan terbaharu itu menambah satu lagi skandal asmara Huang selepas dua hubungan seumpamanya sebelum ini dikaitkan dengannya sehingga membawa kepada peletakan jawatannya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Dua wanita yang disebut rangkaian media ialah Alice Huang yang disyaki agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) sebagai 'ejen China' dan Kimberly Powell, Naib Presiden Nvidia bagi bahagian penjagaan kesihatan.

Keputusan pengunduran Huang berpotensi memberi kesan kepada industri Kecerdasan Buatan (AI) yang turut dibentuk menerusi kepimpinannya.

Iklan

Nvidia memanfaatkan kedudukan kewangannya yang kukuh untuk membangunkan ekosistem industri AI menerusi pelbagai mekanisme pembiayaan kompleks yang memudahkan pelanggan mendapatkan cip keluarannya.

Lembaga Pengarah Nvidia telah melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Colette Kress sebagai CEO sementara bagi menerajui syarikat itu sepanjang proses pencarian pengganti Jensen.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) turut menyiasat Alice yang disyaki sebagai pengintip Beijing yang menyasarkan Huang.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada kemungkinan entiti yang mempunyai kaitan dengannya terbabit dalam usaha menyeludup produk keluaran Super Micro Computer ke China.

Sebelum ini, DoJ turut menyiasat Megaspeed International, firma pernah disertai Alice berhubung dakwaan kegiatan penyeludupan semikonduktor. Mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu. - Agensi