Penempatan etnik Rohingya meloyakan

Iklan
Keadaan penempatan dihuni lebih 200 etnik Rohingya di Kampung Atas Air, Jalan Kota Giam, Jelutong.

GEORGETOWN – Longgokan sampah, persekitaran kotor dan bau busuk menjadi pemandangan biasa di penempatan etnik Rohingya di Kampung Atas Air, Jalan Kota Giam, Jelutong.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tahap kebersihan di penempatan dihuni lebih 200 orang itu berada pada tahap meloyakan apabila sisa makanan, plastik, botol minuman dan bahan buangan dibiarkan bertimbun sehingga mengeluarkan bau busuk.

Iklan
Iklan

Longgokan sampah sarap dibuang etnik Rohingya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila bau hapak dan hanyir air laut berkeladak menyelubungi penempatan, sekali gus menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk berhampiran.

Iklan

Tinjauan mendapati, kawasan bawah rumah kayu dijadikan lokasi pembuangan sampah secara tidak terkawal.

Keadaan itu bukan sahaja mewujudkan persekitaran tidak sihat, malah berpotensi menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit, sekali gus meningkatkan risiko penularan penyakit bawaan vektor.

Iklan

Selain isu kebersihan, penduduk mendakwa turut berdepan beberapa masalah sosial susulan peningkatan etnik Rohingya di kawasan berkenaan.

Keadaan air laut yang dipenuhi sampah seperti botol minuman dan bekas makanan.

Menurut beberapa penduduk ditemui, jumlah etnik Rohingya yang semakin bertambah setiap tahun menimbulkan kebimbangan terhadap keseimbangan komuniti setempat.

Mereka mendakwa terdapat segelintir penghuni tidak mengamalkan kebersihan selain ada individu dalam komuniti terbabit menunggang motosikal tanpa memiliki dokumen perjalanan atau lesen memandu sah.

Selain itu, beberapa penduduk juga mendakwa berlaku aktiviti perjudian dalam talian dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.