RCI Tabung Haji: 'Alhamdulillah kebenaran terbukti, saman RM5 juta bakal menanti - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan kebenaran akhirnya terbukti dan memaklumkan Letter of Demand (LOD) terhadap individu didakwanya memfitnah beliau dalam isu Tabung Haji (TH) telah berjaya diserahkan.

Beliau turut memaklumkan tindakan saman berjumlah RM5 juta bakal diambil kepada individu terlibat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah itu dibuat selepas beliau mendakwa kebenaran mengenai isu berkenaan telah terbukti.

"Alhamdulillah kebenaran terbukti. Saman RM5 juta bakal menanti. LOD telahpun berjaya diserahkan kepada pemfitnah.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan

RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi

Iklan

RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas

Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula

RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik

Hibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan krisis yang melanda TH berpunca daripada kelemahan tadbir urus dan pengurusan, bukannya disebabkan salah guna kuasa.

Laporan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.

Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.

ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikan

RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535

RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa

RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH

Sebelum ini, Asyraf Wajdi mengarahkan peguamnya menyerahkan LOD kepada dua individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Lembaga TH.

Penyerahan LOD itu dilakukan menerusi Tetuan Adnan Sharida dan Associates.

Individu berkenaan adalah Ahli Majlis Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Ismail Salleh dan pemilik akaun media sosial Abied Abdullah iaitu Habin Faisal Mohamed.

Ia selepas Ismail dan Abied Abdullah membuat dan menyebarkan hantaran yang didakwa mengaibkan serta memfitnah Asyraf Wajdi berhubung peranan beliau dalam isu Tabung Haji.