RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi

Iklan
RCI mendapati pelantikan ahli politik sebagai Pengerusi dan anggota Lembaga TH bagi tempoh 2014 hingga 2018 telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat selain menjejaskan kredibiliti institusi berkenaan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati pelantikan ahli politik sebagai Pengerusi dan anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2018 telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat selain menjejaskan kredibiliti institusi berkenaan.

Menurut laporan RCI pada Rabu menyatakan, keadaan itu berpunca daripada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang tidak menetapkan kriteria khusus bagi pelantikan Pengerusi dan anggota Lembaga, sebaliknya hanya mensyaratkan individu berkenaan beragama Islam serta warganegara Malaysia.

Iklan
Iklan

Laporan itu turut menyatakan kelonggaran tersebut membuka ruang kepada pelantikan beberapa individu daripada kalangan ahli politik untuk menerajui TH sepanjang tempoh berkenaan.

RCI berpandangan penglibatan ahli politik dalam pengurusan TH telah mewujudkan pertembungan kepentingan politik sehingga menyebabkan beberapa keputusan institusi itu dijadikan bahan kritikan, sekali gus memberi kesan terhadap keyakinan masyarakat.

Iklan

Menurut laporan itu, RCI turut mendapati beberapa keputusan penting TH termasuk pengagihan keuntungan (hibah), penentuan kadar bayaran haji serta Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) didorong oleh unsur politik.

Sehubungan itu, suruhanjaya mengesyorkan syarat pelantikan Pengerusi dan anggota Lembaga diperkemaskan dengan menetapkan individu yang dipilih mempunyai kelayakan, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang seperti kewangan, ekonomi, perniagaan, perakaunan atau disiplin lain yang berkaitan.

Iklan

Menurut RCI, langkah itu penting bagi memastikan Lembaga TH diterajui individu yang berkeupayaan membuat keputusan secara profesional serta bebas daripada pengaruh politik.

Suruhanjaya berpandangan penambahbaikan terhadap mekanisme pelantikan itu mampu memperkukuh tadbir urus TH, selain mengembalikan keyakinan pendeposit terhadap institusi berkenaan.