'Sokongan kepada PM pacu negara jadi 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia' - Penganalisis
Iklan
Mazlan (gambar kiri) berpandangan, sokongan rakyat perlu diterjemahkan sebagai tuntutan supaya usaha reformasi ekonomi, peningkatan daya saing, penciptaan pekerjaan berkualiti dan pengukuhan pendapatan rakyat terus diperhebatkan.
KUALA LUMPUR - Rakyat terutama pengundi Negeri Sembilan harus menyokong usaha-usaha yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya membawa negara untuk mencapai sasaran muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Seremban berkata, Dr Mazlan Che Soh berkata, pencapaian tersebut harus disokong sepenuhnya kerana ia lebih penting untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia berbanding persaingan politik yang lebih kepada usaha untuk merebut kuasa berdasarkan perkauman, bukan prestasi kemajuan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peningkatan Malaysia ke tangga ke-15 dalam IMD World Competitiveness Ranking 2026 merupakan pencapaian yang wajar dihargai kerana menunjukkan negara berada pada landasan yang semakin kukuh untuk mencapai sasaran kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
"Dalam PRN Negeri Sembilan, rakyat seharusnya menilai setiap parti berdasarkan prestasi, kestabilan, keupayaan mengurus ekonomi serta dasar yang benar-benar meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya pada Rabu.
Iklan
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Ekonomi, Shahar Abdullah berkata, Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
Beliau berkata, keyakinan itu disokong kedudukan Malaysia di tangga ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berbanding kedudukan ke-23 tahun lalu.
Iklan
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, politik pembangunan dan pencapaian mesti mengatasi persaingan berasaskan sentimen perkauman atau perebutan kuasa semata-mata.
Katanya, sokongan rakyat perlu diterjemahkan sebagai tuntutan supaya usaha reformasi ekonomi, peningkatan daya saing, penciptaan pekerjaan berkualiti dan pengukuhan pendapatan rakyat terus diperhebatkan.
"Akhirnya, ukuran kejayaan sesebuah kerajaan bukan sekadar kedudukan dalam ranking dunia, tetapi sejauh mana pencapaian itu dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat," katanya
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.