'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu

Iklan
Zaimizan bersama arwah anaknya, Muhammad Arif Daniel yang maut dalam kemalangan di Maran.

MARAN –"Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri."

Demikian luahan pilu Zaimizan Silong, 51, yang tidak menyedari mangsa kemalangan yang dilihatnya ketika melalui lokasi nahas di Maran pada awal pagi Selasa merupakan anak kandungnya, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha'ari, 20.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia melalui lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum dimaklumkan anaknya terbabit dalam nahas tersebut.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Ab Mutalib menyantuni ibu arwah Muhammad Arif Daniel, Zaimizan di Unit Forensik Hospital Jengka di sini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti

"Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, Muhammad Arif Daniel yang merupakan penumpang Perodua Alza maut selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

Kemalangan itu turut mengorbankan pemandu Perodua Myvi, Masitah Mohd Soad, 59, bersama penumpangnya, Salbiah Mohamad Sah, 76.

Mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut.

Sementara itu, pemandu dan seorang lagi penumpang Perodua Alza yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan, manakala pemandu Perodua Kancil disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Zaimizan berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam Isnin selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.

Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dia dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi.

Jenazah Allahyarham Salbiah selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Jengka dan akan dibawa di tanah Perkuburan Islam Paya Pasir, Chenor.

"Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik. Saya ingat dia sudah keluar macam biasa untuk bekerja," katanya.

Katanya, pesanan itu menjadi komunikasi terakhir antara mereka sebelum dia menerima berita yang mengubah hidup keluarganya.

Jenazah Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Chenor.