Polis nafi disogok RM300-RM500 untuk beri undi kepada PH

Iklan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad bercakap kepada media selepas meninjau suasana pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA NILAI, July 28 -- Negeri Sembilan Police Chief Datuk Alzafny Ahmad speaks to the media after inspecting the early voting process for the 16th Negeri Sembilan state election at the Nilai District Police Headquarters (IPD) today. -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

SEREMBAN – Polis menafikan dakwaan kononnya anggota pasukan itu disogok dengan wang dan diarah menyerahkan nombor siri kertas undi bagi menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang aktivis politik tersebut adalah satu tohmahan.

Iklan
Iklan

"Kita menafikan tohmahan tersebut. Namun sekiranya terdapat sebarang salah laku atau kemungkinan perkara itu berlaku, tindakan lanjut akan diambil.

"Selepas kenyataan itu dibuat oleh beliau, kita telah menjalankan pemantauan, namun sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung isu yang dibangkitkan," katanya dalam sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini pada Selasa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar

Iklan

'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis

'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK

PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin

SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri Sembilan

Tiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil

25+11 belum tentu 36

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bahawa anggota pasukan beruniform termasuk polis diberikan wang antara RM300 hingga RM500 mengikut pangkat, selain diugut supaya menyerahkan nombor siri kertas undi sebagai bukti mengundi PH.

Alzafny menegaskan, pihaknya akan memastikan proses pilihan raya berlangsung secara profesional, telus dan berintegriti.

Ujarnya, sekiranya pihak polis menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan itu, siasatan lanjut akan dijalankan.

"Jika laporan yang diterima membabitkan salah laku anggota polis seperti yang didakwa, pihak kita juga akan merujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tapi itu adalah satu tohmahan dan perkara ini bukanlah satu perkara baharu kerana isu sama turut ditimbulkan dalam pilihan raya sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen dari 16 Julai hingga 27 Julai, sebanyak 53 laporan polis berkaitan pilihan raya telah diterima.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah pun dibuka.