Kereta tersalah masuk laluan, rempuh gerai durian

Iklan
Gambar tular memaparkan keadaan kemalangan di Jalan Mergastua, Kepong Baru di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dipercayai tersalah memasuki laluan menjadi punca kemalangan apabila terbabas lalu merempuh gerai durian di Jalan Mergastua Kepong Baru di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Honda City.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Toyota Corolla terbabas ke bahu jalan dan merempuh khemah gerai durian.

Suffian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan pemandu yang terlibat, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian serta mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

Iklan

Gambar tular memaparkan keadaan kemalangan di Jalan Mergastua, Kepong Baru di sini pada Sabtu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.