Perak lahirkan ramai tokoh sastera tersohor

Iklan
Saarani (tengah) menyampikan Anugerah Sasterawan Negeri Perak dkepada novelis dan cerpenis, Hafizah Iszahanid sempena Majlis Anugerah Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 pada Sabtu.

IPOH - Perak mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negeri penting dalam perkembangan sastera negara dengan melahirkan ramai tokoh dan pengkarya tersohor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara tokoh yang telah mengharumkan nama negeri ialah Sasterawan Negara ke-12, Datuk Dr Baha Zain, selain novelis dan penulis cerpen kelahiran Tanjung Rambutan, Baharuddin Kahar serta Siti Zaleha M Hashim yang diangkat sebagai Sasterawan Negeri Perak pada 2024.

Iklan
Iklan

“Nama Allahyarham Malim Ghozali PK juga mempunyai tempat tersendiri dalam persuratan negeri ini apabila menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 2013 sebelum dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada tahun berikutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Anugerah Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell di sini pada Sabtu.

Iklan

Saarani berkata, dunia persuratan Perak turut menerima satu lagi penghormatan apabila Allahyarham Profesor Emeritus Dr Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-16 secara anumerta.

Katanya, pengiktirafan tersebut mengangkat sumbangan tokoh berkenaan sebagai pengarang, sarjana, pengkritik dan pemikir sastera yang memberi impak besar kepada negara.

Iklan

"Bagi Perak, kejayaan tokoh-tokoh ini turut membawa satu tanggungjawab iaitu memastikan tradisi yang telah dibina terus disambung oleh generasi penulis hari ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri akan terus memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi kreatif termasuk usaha menghubungkan penulis, penerbit, institusi pendidikan dan pemain industri.

Ujarnya, Perak mempunyai pelbagai latar dan kisah kehidupan yang boleh diangkat sebagai bahan karya, merangkumi sejarah bandar perlombongan, kampung tradisi, kehidupan masyarakat pesisir sungai serta warisan diraja.

"Semua ini adalah cerita yang menunggu untuk ditulis dan diketengahkan kepada masyarakat.

"Program seperti bengkel penulisan, sayembara, diskusi buku serta bimbingan kepada penulis muda akan terus diperkasakan bagi memastikan kesinambungan dunia persuratan negeri," katanya.

Tahun ini, anugerah utama, Sasterawan Negeri Perak dianugerahkan kepada novelis dan cerpenis Hafizah Iszahanid, 50, yang pernah merangkul Penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write) 2025.

Tahun ini, anugerah utama, Sasterawan Negeri Perak dianugerahkan kepada novelis dan cerpenis Hafizah Iszahanid, 50, yang pernah merangkul Penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write) 2025.

Anak kelahiran Chemor yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarang Berita BH itu sudah mula menulis sejak berusia 16 tahun melalui program minggu penulis remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam majlis sama, anugerah turut disampaikan kepada Mohamad Saleeh Rahamad sebagai Ilmuan Negeri Perak; Siti Zaleha Bee Mohd Hashim (Karyawan Sepanjang Hayat Negeri Perak); dan Mohammad Hafiz Abdul Latiff (Pejuang Muda Sastera Negeri Perak).

End