Maxxan Realty lakar sejarah dalam industri hartanah negara
Iklan
Maxxan Realty diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Agensi Ejen Perunding Hartanah (REN) Bumiputera Terbesar bagi Tahun 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri hartanah negara.
PETALING JAYA – Maxxan Realty melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Agensi Ejen Perunding Hartanah (REN) Bumiputera Terbesar bagi Tahun 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri hartanah negara.
Pengiktirafan berprestij di peringkat Asia itu mencerminkan perkembangan pesat syarikat berkenaan yang didorong kepimpinan berpandangan jauh serta komitmen berterusan dalam membangunkan rangkaian ejen perunding hartanah (REN) Bumiputera terbesar di Malaysia, selain menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri hartanah tempatan.
Iklan
Iklan
Ditubuhkan pada tahun 2017, Maxxan Realty kini muncul sebagai antara agensi hartanah terkemuka di negara ini. Berbekalkan visi membuka lebih banyak peluang keusahawanan kepada profesional hartanah serta menawarkan penyelesaian hartanah yang komprehensif, syarikat itu terus mengembangkan operasi dengan rangkaian cawangan di seluruh negara.
Selain memudah cara urusan transaksi hartanah, Maxxan Realty turut membangunkan ekosistem yang memperkasa profesional hartanah Bumiputera menerusi pelbagai inisiatif termasuk program latihan berstruktur, bimbingan (mentorship), pembangunan kepimpinan dan inovasi digital.
Iklan
Pengiktirafan sebagai Agensi REN Bumiputera Terbesar bagi Tahun 2025 turut menjadi bukti komitmen jangka panjang syarikat dalam menyediakan peluang kerjaya yang mampan kepada lebih ramai profesional, di samping memupuk kecemerlangan industri hartanah negara.
Majlis penyampaian anugerah rasmi The Asia Records telah berlangsung di Hotel Le Méridien Petaling Jaya pada 17 Julai lalu dengan menghimpunkan lebih 1,000 tetamu jemputan yang terdiri daripada tokoh korporat, pemimpin perniagaan, usahawan, profesional hartanah, rakan strategik serta tetamu kehormat bagi meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam industri hartanah tanah air.
Iklan
Pengasas merangkap Pengarah Urusan Maxxan Realty, Sam Jee Yik Seng berkata, pengiktirafan daripada The Asia Records itu merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat seluruh warga kerja syarikat.
"Pencapaian daripada The Asia Records ini adalah hasil dedikasi, kecekalan dan profesionalisme para ejen perunding hartanah, barisan pemimpin serta pasukan sokongan kami.
"Anugerah ini bukan sekadar mengenai saiz rangkaian kami semata-mata, sebaliknya melambangkan kepercayaan yang telah dibina dan komitmen kami untuk terus memperkasakan lebih ramai profesional Bumiputera membina kerjaya berjaya dalam industri ini," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan serta rakan perniagaan yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap perkembangan syarikat.
Menurutnya, Maxxan Realty akan terus komited meningkatkan piawaian industri melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan memberi nilai tambah kepada sektor hartanah Malaysia.
Pada masa sama, syarikat itu akan meneruskan usaha memperluaskan pasaran di peringkat nasional serta melahirkan lebih ramai bakat baharu bagi membentuk industri hartanah negara yang lebih inklusif, profesional dan berdaya saing.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan serta latar belakang Maxxan Realty boleh melayari laman web rasmi syarikat di www.maxxan.com.my.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.