Dorsett Grand Subang lantik Nigel Boey sebagai pengurus besar

Iklan
Dengan pelantikan itu, Nigel akan bekerjasama dengan pasukan Dorsett Grand Subang untuk memperkukuh kedudukan hotel berkenaan dalam pasaran selain meningkatkan pengalaman tetamu dan hubungan dengan komuniti setempat.

DORSETT Grand Subang melantik Nigel Boey sebagai Pengurus Besar baharu berkuat kuasa 1 September 2026, bagi menerajui operasi serta hala tuju strategik hotel berkenaan.

Nigel mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam industri hospitaliti dan pernah berkhidmat bersama beberapa kumpulan terkemuka termasuk Las Vegas Sands, Marriott International, Millennium & Copthorne International serta Pan Pacific Hotels Group.

Iklan
Iklan

Sebelum menyertai Dorsett Grand Subang, beliau berkhidmat di UOL Group Limited sebagai Penolong Pengurus Besar, selepas menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Komersial PARKROYAL COLLECTION Marina Bay Singapore selama dua tahun.

Pengalaman berkenaan memperkukuh kepakarannya dalam bidang strategi komersial, pengurusan hasil, pembangunan perniagaan dan operasi hotel.

Iklan

Nigel berkata, setiap jawatan yang pernah disandang memberinya perspektif berbeza mengenai perniagaan hospitaliti selain meningkatkan pemahamannya terhadap industri tersebut.

“Saya teruja untuk kembali kepada operasi hotel, yang membolehkan saya bekerjasama rapat dengan pasukan, melaksanakan perubahan bermakna dan melihat sendiri impak positif hasil usaha bersama terhadap tetamu serta kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, potensi pertumbuhan Dorsett Grand Subang menjadi antara faktor utama yang menarik minatnya untuk menerima pelantikan tersebut.

Beliau yang pernah menginap di hotel itu sebelum menyertainya melihat terdapat ruang untuk membangunkan lagi kekuatan sedia ada.

“Apa yang menarik saya kepada pelantikan ini ialah potensi besar yang saya lihat pada hotel ini. Dengan pelaburan, visi dan pasukan yang tepat, saya percaya hotel ini bersedia memasuki fasa baharu yang menarik,” katanya.

Sebagai Pengurus Besar, Nigel akan memberi tumpuan kepada prestasi komersial, pengalaman tetamu dan pembangunan pasukan, selain terlibat dalam proses transformasi Dorsett Grand Subang.

Beliau berkata, beberapa perkembangan baharu turut dirancang yang dijangka membawa perubahan positif kepada tetamu, kakitangan dan komuniti setempat.

Dalam aspek pengurusan, Nigel berpandangan prestasi komersial dan pengalaman tetamu saling berkait rapat dalam menentukan kejayaan jangka panjang sesebuah hotel.

Menurutnya, selain prestasi kewangan yang penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan, pengalaman tetamu yang baik, penglibatan kakitangan serta kesetiaan pelanggan turut menjadi faktor utama.

“Hospitaliti akhirnya adalah mengenai manusia. Bangunan, kemudahan dan teknologi penting, tetapi hubungan yang kita bina, kenangan yang kita cipta serta semangat kakitangan adalah perkara yang benar-benar menentukan kehebatan sesebuah hotel,” katanya.

Nigel turut memberi penekanan kepada pengalaman pelanggan yang bermula sejak proses tempahan, termasuk interaksi menerusi laman web, panggilan telefon, e-mel dan komunikasi digital.

Beliau berkata, memahami keperluan tetamu, menyediakan perkhidmatan yang lebih diperibadikan serta memberi perhatian kepada perkara kecil mampu meningkatkan keseluruhan pengalaman penginapan.

Dengan pelantikan itu, Nigel akan bekerjasama dengan pasukan Dorsett Grand Subang untuk memperkukuh kedudukan hotel berkenaan dalam pasaran selain meningkatkan pengalaman tetamu dan hubungan dengan komuniti setempat.