GEORGE TOWN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membalas pantun yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial sambil menegaskan hubungan mereka dalam Kerajaan Perpaduan kekal baik.
Ahmad Zahid berkata, pantun berkenaan dihasilkan pada malam Rabu sejurus selepas beliau membaca hantaran pantun Anwar yang tular ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin memuncak.
Menurutnya, balasan itu dibuat secara bersahaja sebagai respons terhadap pelbagai gurauan dan spekulasi yang mengaitkan hubungan antara mereka.
“Saya pun ada pantun juga. Saya nak balas (pantun Anwar). Saya buat pantun ini jam 9.04 malam tadi, lepas keluar berita. Ini pantunnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ
'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar
'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis
'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK
PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin
SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri Sembilan
Tiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil
'Jurang melebar tapi belum retak'
PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - Penganalisis
“Faham tak? Tak faham tak apa. Saya sebut lagi sekali,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelerasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-61 di Teluk Bahang di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Presiden UMNO itu bagaimanapun enggan menghuraikan maksud tersirat pantun berkenaan sebaliknya memberi bayangan bahawa hubungan beliau dengan masih berada dalam keadaan baik.
"Hubungan kita baik-baik sahaja. Tengok lah, apa saja yang (kita) tak buat, cuma belum cium mulut saja lagi.
"Lain semua okey,” katanya dalam nada bergurau ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Anwar.
Sebelum ini, Anwar dalam hantaran Facebook rasminya, Anwar berkongsi serangkap pantun mengenai kepentingan kesepakatan dan disiplin dalam sesebuah persahabatan dan permuafakatan.
Ia merupakan satu mesej puitis namun sarat dengan makna.
Menerusi hantaran itu, Anwar menitipkan pantun empat kerat yang menekankan nilai setiakawan.
Lebih mencuri tumpuan, hantaran itu turut diiringi melodi lagu malar segar era 1980-an, Madu dan Racun seolah-olah memberikan 'jiwa' kepada pesanan yang ingin disampaikan beliau.
Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi gambar suasana mesyuarat Jemaah Menteri yang antaranya dihadiri Ahmad Zahid dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang dilihat mesra serta ceria.