Calon Bebas Sri Tanjung tampil manifesto tujuh teras

Iklan
Islah Wahyudi menunjukkan manifesto yang ditawarkannya kepada pengundi pada sidang media di Stesen Keretapi Lama Dickson pada Selasa.

PORT DICKSON - Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainudin tampil dengan manifesto mengandungi tujuh teras yang memberi penekanan kepada penguatkuasaan adil, pemeliharaan warisan sejarah, pemartabatan Bahasa Melayu, perlindungan peniaga kecil dan kebebasan bersuara.

Menurut beliau, manifesto itu bertujuan mempertahankan identiti Port Dickson di samping memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara saksama tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan.

Iklan
Iklan

Islah berkata, tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran juga perlu mengambil kira keadaan setempat supaya tidak membebankan rakyat, khususnya bagi binaan kecil yang tidak mengganggu keselamatan atau laluan awam.

Selain itu, menurutnya, beliau mahu martabat Bahasa Melayu diperkasakan kerana berpendapat penggunaan nama, papan tanda dan kawasan pembangunan yang tidak mencerminkan identiti tempatan semakin menghakis jati diri Port Dickson.

Iklan

Katanya, kebajikan peniaga kecil turut menjadi antara keutamaan dengan cadangan menyediakan lokasi perniagaan yang sesuai kepada mereka yang bergantung kepada sektor itu sebagai sumber pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ

Iklan

'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar

'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis

'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK

PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin

Dalam masa sama, beliau mahu warisan sejarah Port Dickson terus dipelihara termasuk bangunan lama, masjid bersejarah dan lokasi yang mempunyai nilai kepada perkembangan kawasan itu.

"Saya bukan mahu menghapuskan tinggalan sejarah walaupun nama Dickson itu dikaitkan dengan penjajah. Tinggalan sejarah perlu dipelihara supaya generasi akan datang memahami sejarah tempat ini sebagaimana negara maju memelihara warisan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Islah mencabar semua calon yang bertanding di DUN Sri Tanjung menyertai satu sesi debat khas mengenai sejarah dan identiti Port Dickson.

Menurutnya, perbahasan itu penting bagi membolehkan rakyat menilai sejauh mana setiap calon memahami latar belakang kawasan yang ingin diwakili.

"Saya berbesar hati jika diadakan debat antara semua calon mengenai sejarah Port Dickson dan identiti yang mahu diperjuangkan. Kalau seseorang mahu mewakili kawasan ini, dia perlu tahu sejarahnya, termasuk tokoh-tokoh serta asal usul tempat ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

SPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri Sembilan

Tiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil

25+11 belum tentu 36

'Jurang melebar tapi belum retak'

PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - Penganalisis

Beliau berkata, cabaran itu bukan bertujuan mempersoalkan asal-usul mana-mana calon, sebaliknya memastikan wakil rakyat yang dipilih benar-benar memahami sejarah dan identiti Port Dickson.

Mengulas strategi kempen, Islah berkata, beliau lebih banyak menggunakan platform media sosial berikutan kekangan jentera pilihan raya dan hanya dibantu rakan NGO serta penduduk setempat.

"Saya bergerak dengan bantuan orang kampung dan NGO. Setakat ini media sosial lebih berkesan kerana saya tidak mempunyai jentera yang besar. Apa juga program yang dijalankan akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Islah yang kini berdepan pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia mendakwa pertuduhan itu berkaitan beberapa hantaran satira dan kartun yang dimuat naik di media sosial, termasuk menyentuh isu penggunaan nama 'Dickson', yang menurutnya bertujuan mencetuskan perbincangan mengenai identiti dan sejarah Port Dickson.

"Saya yakin apa yang saya lakukan adalah satu bentuk sindiran atau satira untuk mengangkat isu identiti tempatan dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, proses perundangan berhubung pertuduhan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada mahkamah.