Penghantar makanan dirempuh kereta langgar lampu merah

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta didakwa melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal.

SUNGAI BULOH - Tular video memaparkan seorang penghantar makanan dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Eco Grandeur, Puncak Alam di sini pada Selasa.

Kejadian itu dipercayai dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan mangsa yang menunggang sebuah motosikal ketika itu sedang berhenti ketika menunggu lampu isyarat merah.