Mengantuk dipercayai punca kemalangan ragut tiga nyawa melibatkan lori ayam dan treler

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa berhubung kemalangan maut melibatkan tiga individu di Tanah Merah.

TANAH MERAH - Mengantuk dipercayai menjadi punca kepada kemalangan melibatkan lori membawa ayam merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pada jam lebih kurang 4.56 pagi, Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis

Iklan
Iklan

Daerah (IPD) Tanah Merah telah menerima makluman daripada Gerakan IPD Tanah Merah mengenai kejadian kemalangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini kerja terakhir, lepas ini boleh rehat' - Kata-kata terakhir Mohd Haikal sebelum nahas

Iklan

'Suami sempat telefon tanya khabar anak-anak sebelum kemalangan'

"Akibat kemalangan itu, pemandu lori, Muhammad Zakwan Mohd Nor, 25 tahun, bersama dua penumpang iaitu Mohd Haikal Hanifah, 29 tahun, dan Norazeman Abdul Aziz, 42 tahun, telah tersepit di dalam lori," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ujarnya, jenazah ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tanah Merah atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.