Pemandu, dua kelindan lori ayam maut rempuh treler parkir tepi jalan

Seorang pemandu dan dua kelindan lori ayam maut selepas dipercayai merempuh sebuah treler yang di parkir di tepi jalan di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat, Tanah Merah pada Selasa. Foto: JBPM
Seorang pemandu dan dua kelindan lori ayam maut selepas dipercayai merempuh sebuah treler yang di parkir di tepi jalan di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat, Tanah Merah pada Selasa. Foto: JBPM
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang pemandu dan dua kelindan lori ayam maut selepas dipercayai merempuh sebuah treler yang di parkir di tepi jalan di Batu 7, Batang Merbau, Lebuh raya Timur Barat di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa Norazeman Abdul Aziz, 42, Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor,16, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan I, Mat Nuri Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.26 pagi.

"Sejurus tiba di lokasi kami mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam dari Perak ke Kelantan dipercayai telah merempuh treler yang di parkir di tepi jalan berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa tersepit dan kemudian telah berjaya dikeluarkan," katanya ketika dihubungi.

Kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam dari Perak ke Kelantan dipercayai telah merempuh treler yang diparkir di tepi jalan berkenaan.
Foto: JBPM
Kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam dari Perak ke Kelantan dipercayai telah merempuh treler yang diparkir di tepi jalan berkenaan. Foto: JBPM

Menurut beliau, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!