Sembur pembasmi kuman di kandang, vaksin lembu hadapi musim banjir
Iklan
Lembu-lembu yang tenggelam banjir berisiko mendapat penyakit. Gambar kecil Noor Fazzle
BACHOK – Risiko penularan penyakit dalam kalangan ternakan ketika musim banjir mendorong penternak lembu mengambil langkah awal menerusi semburan biosekuriti dan pemberian vaksin bagi melindungi lembu daripada penyakit kuku dan mulut (FMD).
Pengusaha ladang ternakan, Noor Fazzle Mohd Zawawi berkata, langkah pencegahan itu penting bagi memastikan ternakan kekal sihat ketika berdepan perubahan keadaan persekitaran sepanjang musim tengkujuh.
Iklan
Iklan
“Setiap minggu, kandang akan disembur Lindores iaitu sejenis cecair yang boleh membantu mencegah penyakit dalam kalangan haiwan ruminan.
“Selain itu, saya juga berhubung rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan vaksin FMD supaya lembu mempunyai perlindungan daripada penyakit berkenaan,” katanya ketika ditemui di HL Agro Farm di Gunong di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau yang juga Pengarah Urusan HL Agro Farm KB berkata, kedua-dua langkah itu wajar diamalkan penternak lain dan mereka boleh mendapatkan khidmat serta kerjasama pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar di daerah masing-masing.
Nor Fazli berkata, amalan pencegahan itu dilaksanakan hasil latihan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Iklan
Katanya, pasukan FPV UniSZA turut datang ke ladangnya setiap minggu bagi mengambil sampel dan darah ternakan untuk mengetahui tahap kesihatan lembu.
“Melalui pemeriksaan itu, kami dapat mengetahui tahap kesihatan setiap lembu berdasarkan data yang diperoleh,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ladangnya turut mengamalkan kuarantin selama tujuh hingga 14 hari terhadap ternakan yang dibawa masuk dari luar sebelum diproses selepas disahkan bebas penyakit oleh pihak veterinar.
Tambah beliau, ladang yang diusahakan sejak lima tahun lalu itu mempunyai lebih 600 ekor lembu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>