SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan jurang usia calon yang bertanding mencecah 47 tahun apabila calon tertua berusia 70 tahun manakala calon termuda berumur 23 tahun.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, calon tertua ialah Abd Latif A Tambi daripada Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh.
Menurutnya, calon termuda pula ialah Leevineshwaraan A/L Murugan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di DUN Sri Tanjung.
"Ia diikuti 33 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun, 16 calon berusia 60 tahun ke atas, 12 calon berusia antara 30 hingga 39 tahun serta tiga calon berusia 18 hingga 29 tahun," katanya dalam kenyataan media berkaitan urusan penamaan calon PRN Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
Beliau berkata, dari segi jantina pula, seramai 94 calon lelaki bertanding berbanding hanya sembilan calon wanita.
Menurut Ramlan, kesemua 103 calon itu disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon yang berlangsung di lapan Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh Negeri Sembilan.
PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan tempoh berkempen bermula sejurus selesai proses penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 31 Julai ini, manakala pengundian ditetapkan pada 1 Ogos, dengan pengundian awal pada 28 Julai.