Exco Johor diarah terus turun padang, tiada ruang 'bulan madu'

Iklan
Onn Hafiz (tengah) bersama barisan Exco baharu.

JOHOR BAHRU - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.

Iklan
Iklan

"Mandat besar dan berharga yang diberikan oleh Bangsa Johor perlu diterjemahkan kepada kerja yang lebih kuat, penyampaian yang lebih cekap dan hasil yang dapat dirasai oleh setiap rakyat," katanya selepas Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Istana Bukit Serene, di sini pada Sabtu

Menurut beliau, kerajaan negeri kini memberi tumpuan untuk memperkukuhkan pelaksanaan agenda Maju Johor 2030 menerusi pentadbiran yang lebih cekap, efektif dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Iklan
Iklan

Katanya, gabungan Exco berpengalaman dan muka baharu dibentuk bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri selain membawa idea serta pendekatan baharu dalam mempercepat pelaksanaan dasar kerajaan.