Lelaki hilang selepas terjatuh di Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Seorang lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam laut di tiang nombor lima Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau pada Rabu.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam laut di tiang nombor lima Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau pada Rabu.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia 39 tahun itu dipercayai sedang memancing bersama rakan-rakan di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 11.16 pagi yang memohon bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama lima anggota termasuk penyelia bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira jam 11.30 pagi.

Iklan

Operasi SAR dilaksanakan untuk mencari mangsa.

“Operasi SAR dijalankan dengan kerjasama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM bagi mengesan mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam laut.

Iklan

“Pos Kawalan Bomba turut dibuka di Jabatan Laut Wilayah Utara bagi menyelaras operasi pencarian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim Malaysia.

Menurutnya, sehingga laporan dikeluarkan, operasi SAR masih diteruskan bagi mencari mangsa.