Empat anak temani ibu bapa mengundi seawal pagi

Iklan
Maznah (tengah) bersama suami, Shahrom (dua dari kanan) serta anak-anak hadir seawal pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor di pusat mengundi di SK Simpang Renggam, pada Sabtu.

KLUANG – Pasangan suami isteri, Shahrom Harun, 60, dan Maznah Tironi, 61, bangun seawal jam 5 pagi bagi memastikan mereka sekeluarga dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada awal pagi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sharom berkata, beliau hadir bersama empat anak lelakinya yang masing-masing berusia 31, 29, 25 dan 20 tahun, manakala anak bongsunya yang berusia 17 tahun masih belum layak mengundi.

Iklan
Iklan

Menurut pesara tentera itu, suasana kali ini lebih bermakna apabila anak lelakinya yang berusia 20 tahun buat pertama kali berpeluang mengundi.

Shahrom berkata, menjadi amalan keluarganya untuk keluar awal setiap kali hari mengundi.

Iklan

"Kami memang suka datang awal. Dari rumah di Taman Bayu ke pusat mengundi hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menaiki kereta.

"Kami sekeluarga tiba di SK Simpang Renggam pada jam 7.30 pagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata, selepas selesai mengundi di Simpang Renggam, anak sulungnya akan meneruskan perjalanan ke Parit Betak, Pontian kerana suami akan menunaikan tanggungjawab mengundi di sana.

"Begitu juga anak kedua dan ketiga akan ke kampung halaman suami untuk membuang undi," katanya.