PRN Johor: Pengundi tiba seawal jam 6.45 pagi mahu tunai tanggungjawab

Iklan
Pengundi mula beratur dihadapan SJKC Kulai Besar sebelum Pusat Mengundi dibuka pada jam 8 pagi pada Sabtu.

KULAI – Demi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, seorang warga emas menjadi individu pertama tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar seawal jam 6.45 pagi pada Sabtu.

Gan Hin, 70, berkata, dia memilih untuk datang awal bagi membolehkan proses pengundian diselesaikan segera sebelum memulakan tugas sebagai pekerja kebun di Indahpura.

Iklan
Iklan

Menurutnya, majikan turut memberi kelonggaran dengan memintanya menunaikan tanggungjawab mengundi terlebih dahulu sebelum masuk bekerja pada jam 7.30 pagi.

Iklan

Sementara itu, pemandu lori, C Muniandi, 39, mengakui pada mulanya bercadang untuk tidak mengundi kerana perlu bekerja.

Bagaimanapun, dia mengubah keputusan selepas menyedari kepentingan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Iklan

"Saya datang seawal jam 6.50 pagi sebab mahu cepat selesai mengundi dan terus bekerja.

"Mula-mula memang fikir nak terus kerja, tetapi akhirnya saya rasa mengundi itu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Tinjauan mendapati suasana di pusat mengundi SJKC Kulai Besar di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu tenang dengan kehadiran pengundi yang sanggup beratur lebih awal bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar sebelum meneruskan urusan harian masing-masing.