‘Rezeki terpijak’ jumpa wang di jalanan

Iklan
WANG atau barang bernilai yang dijumpai perlu dihebahkan kepada orang ramai terlebih dahulu. Foto Canva

Soalan

Dalam perjalanan ke tempat parkir kereta selepas makan di sebuah restoran, saya terjumpa sejumlah wang. Apakah ia ‘rezeki terpijak’ buat saya dan bolehkah saya menggunakannya?

Iklan
Iklan

Jawapan

Dr Wahbah Zuhaili dalam kitabnya, Al-Fiqh Al-Islam wa Adillatuhu menjelaskan al-luqatah bermaksud harta yang hilang daripada tuannya dan dijumpai oleh orang lain.

Iklan

Berkenaan hukum mengambil duit atau harta al-luqatah ini, fuqaha berbeza pendapat mengenainya.

Dalam hal ini, Syeikh Mustafa Bugha dalam kitabnya, Fiqh Manhaji Ala Mazhab Imam Syafie menggariskan beberapa pembahagian:

Iklan

1 - Sunat mengambil harta tersebut bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan kemungkinan barang yang dijumpai akan hilang.

2 - Harus mengambil harta itu bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan barang itu tidak hilang.

3 - Wajib mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya meyakini barang itu akan hilang apabila tidak mengambilnya kerana menjaga harta orang Islam itu wajib.

4 - Makruh mengambilnya sekiranya dia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.

5 - Haram mengambilnya kepada orang yang tidak beramanah dan tidak dapat menjaganya.

Jika barang yang dijumpai itu mempunyai nilai yang besar, jumhur ulama mewajibkan dibuat hebahan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyuruh ia dihebahkan selama setahun.

Sekiranya harta tersebut tidak dituntut juga, sebaiknya ia diserahkan kepada pihak berautoriti bagi menjamin keselamatannya dan diputuskan oleh hakim untuk proses kegunaan bertujuan kemaslahatan umum atau diserahkan kepada Baitulmal.

Bagaimanapun bagi barang yang tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan, tidak harus mengumumkannya.

Sebaik-baiknya duit yang dijumpai dihebahkan termasuk melalui media sosial. Setelah itu sekiranya masih belum ditemui pemiliknya dalam tempoh yang tertentu, duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

Namun sekiranya ia nilai yang besar dan berharga, diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada badan berautoriti bagi menguruskannya.