Kerajaan kurangkan kebergantungan import ramuan halal kritikal

Iklan
SEBANYAK 23 inisiatif, projek dan program didaftarkan di bawah Pelan Induk Industri Halal (HIMP) di bawah tujuh teras strategik sehingga 30 Mei lalu.

SEBANYAK 23 inisiatif, projek dan program yang didaftarkan di bawah tujuh teras strategik Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 dilaksanakan kerajaan sehingga 30 Mei lalu bagi menggantikan import bahan ramuan halal kritikal.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan, daripada jumlah berkenaan, tujuh inisiatif dikenal pasti berkaitan pembangunan ramuan halal, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhan (PMKS), pembangunan bakat dan komersialisasi.

Iklan
Iklan

Kementerian memaklumkan pelaksanaan dibuat secara berfasa melalui pemetaan kategori kritikal, pembangunan R&D dan komersialisasi, fasilitasi pelaburan, pembangunan syarikat peneraju serta padanan industri dan pembiayaan.

"Sistem ini turut diintegrasikan dengan platform sedia ada iaitu MYeHALAL bagi mempermudah dan mempercepatkan proses pensijilan secara keseluruhan untuk semua skim pensijilan halal Malaysia,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Iklan

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) tentang langkah strategik penggantian import bagi bahan ramuan halal kritikal demi mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan luar.

MITI turut memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan penggantian import secara bersasar, tertumpu kepada kategori ramuan yang mempunyai nilai strategik, tahap kebergantungan kepada bekalan luar serta potensi untuk dibangunkan melalui pengeluaran tempatan.

Iklan

Menurutnya, pendekatan ini turut disokong melalui padanan industri dan kerjasama dengan syarikat peneraju untuk meningkatkan penggunaan kandungan tempatan dalam rantaian bekalan halal. -Bernama