Rumah kampung jadi lokasi pembungkusan dadah, edar ke negara jiran

Iklan
Dadah yang dirampas. Gambar kecil: Hussein.

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket pengedaran dadah menjadikan rumah kampung di kawasan pedalaman sebagai lokasi pembungkusan dadah sebelum dihantar menggunakan bot ke negara jiran dibongkar susulan penahanan lapan warga asing pada 1 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan berasingan Op Pijat itu, seramai enam lelaki dan dua wanita berusia antara 21 hingga 40 di tahan sekitar Meru dan Kajang, Selangor.

Iklan
Iklan

"Kita berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kartrij vape disyaki mengandungi cecair dadah jenis Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) ke Indonesia," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Hussien berkata, pemeriksaan lanjut menemukan 500 paket plastik mengandungi kartrij vape disyaki berisi cecair dadah jenis MDMA seberat 4.98 kilogram serta lapan botol plastik kecil mengandungi cecair dadah sama seberat 197 gram yang dianggarakan bernilai RM152,400.

Iklan

"Sindiket itu dipercayai aktif sejak Februari dan menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan serta pembungkusan dadah sebelum dihantar ke negara jiran melalui jalan laut.

"Sindiket berkenaan dipercayai memilih kawasan pedalaman sebagai lokasi operasi bagi mengaburi pihak berkuasa selain mengelakkan kegiatan mereka dikesan," katanya.

Iklan

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada lapan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Semakan rekod mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kesemua suspek kini direman selama 11 hari bermula 1 Julai sehingga 11 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.