Tragedi kepala air: Tiga mangsa masih hilang, pencarian hingga Empangan Sungai Selangor

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat lapan individu yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, semalam, diteruskan hari ini.

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pencarian tertumpu sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus ke arah empangan berkenaan.

Iklan
Iklan

“Jarak pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.

“Setakat ini, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih dicari,” katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, empat mayat ditemukan pagi tadi, dengan tiga daripadanya tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.

Satu lagi mayat ditemukan pada jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari lokasi kejadian.

Iklan

Operasi membawa keluar keempat-empat mayat selesai pada jam 11.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak di sini.

Seorang lagi mangsa, lelaki tempatan berusia 36 tahun, ditemukan meninggal dunia di Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Difahamkan, kesemua lima mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Kejadian kepala air petang semalam menyebabkan lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras di lokasi.