Jangan tunggu tragedi lagi!

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Tiga cedera selepas ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin.

INSIDEN seorang pelajar cedera akibat ditikam rakan sekolah baru-baru ini menggemparkan negara dan mengundang kebimbangan masyarakat terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Walaupun kes seumpama itu terpencil, ia tidak sepatutnya dipandang ringan kerana setiap murid berhak belajar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan bebas daripada sebarang ancaman.

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menegaskan bahawa keselamatan warga sekolah kekal menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di samping memastikan mangsa menerima rawatan sewajarnya serta sokongan psikososial yang diperlukan.

Penegasan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani setiap insiden secara tegas dan menyeluruh.

Iklan

Hakikatnya, membina sekolah selamat bukan tanggungjawab guru atau pihak pentadbiran semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan kerjasama erat antara ibu bapa, murid, komuniti dan pelbagai agensi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Iklan

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Soal keselamatan bukan hanya berkaitan pagar, kamera litar tertutup (CCTV) atau rondaan tetapi turut merangkumi kesejahteraan emosi, pembentukan sahsiah dan budaya saling menghormati.

Data KPM menunjukkan sebanyak 2,889 kes buli direkodkan sepanjang tahun 2025, manakala 3,570 kes salah laku jenayah turut dilaporkan di sekolah.

Statistik itu menjadi peringatan bahawa usaha pencegahan perlu sentiasa diperkasakan agar sekolah terus menjadi tempat yang kondusif untuk pembelajaran.

Antara langkah yang dilaksanakan termasuk penguatkuasaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli, pematuhan SOP 1:3:7 bagi pengendalian aduan, audit keselamatan di 1,758 sekolah, penempatan seramai 523 guru bimbingan dan kaunseling pada 2025 serta peruntukan RM5 juta bagi pemasangan CCTV di 333 sekolah berasrama.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantin

Kes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuh

Suspek kes tikam pelajar direman empat hari

Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU

Namun, sebaik mana sekali pun dasar dan kemudahan disediakan, ia tidak akan membawa sebarang perubahan tanpa sokongan semua pihak.

Pendidikan nilai, empati dan rasa hormat perlu dipupuk secara konsisten di sekolah serta diteruskan di rumah. Jangan hanya bertindak apabila tragedi berlaku.

Jadikan setiap ruang di sekolah benar-benar selamat untuk anak-anak membina ilmu, sahsiah dan masa depan negara.