KALAU sebut anak bangsa Johor yang berhijrah mencari rezeki ke Kuala Lumpur, Selangor atau Singapura, hampir semua ada cerita sama.
Isnin sampai Jumaat kerja keras, hujung bulan tunggu gaji. Hujung minggu pula fikir sama ada hendak balik kampung atau tidur puas-puas. Cuma minggu ini lain sedikit.
Sabtu ini hari mengundi untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor. Maka bermulalah dilema pemegang MyKad 01 mahu balik mengundi atau biarkan WhatsApp keluarga sahaja yang bising?
Hakikatnya, Johor memang antara negeri yang mempunyai ramai perantau.
Selain penghijrahan ke Lembah Klang, dianggarkan lebih 400,000 rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura setiap hari dan sebahagian besarnya berasal dari Johor.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
Malah, kawasan seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai menjadi ‘kilang pengeluar’ pekerja ke republik itu kerana faktor gaji yang lebih lumayan.
Sebab itu, setiap kali pilihan raya negeri (PRN) Johor, persoalan paling hangat bukan manifesto tetapi “Eh, kau balik undi tak?”
Nak buat kira-kira mudah sahaja. Kalau tinggal di Shah Alam, kos tol, minyak dan makan boleh mencecah ratusan ringgit. Kalau dari Singapura pula, kena fikir tambang, kesesakan di Tambak Johor dan masa perjalanan.
Ada bergurau, duit balik mengundi itu cukup untuk dua minggu beli kopi.
Namun, di sinilah nilai demokrasi sering diuji. Satu undi mungkin nampak kecil, tetapi di beberapa kerusi marginal, ratusan undi sahaja sudah cukup menentukan siapa menjadi wakil rakyat.
Pilihan raya negeri kali ini pula melibatkan lebih 2.7 juta pemilih berdaftar yang layak mengundi di Johor, berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya menggunakan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 Suruhanjaya Pilihan Raya.
Penganalisis politik turut menjangkakan kadar keluar mengundi akan meningkat berbanding PRN 2022 iaitu 54.9 peratus walaupun dijangka masih tidak melepasi 65 peratus.
Faktor terbesar ialah kepulangan pengundi luar, termasuk mereka yang bekerja di Lembah Klang dan Singapura.
Beberapa pemerhati politik menganggarkan, ratusan ribu pengundi luar berpotensi pulang mengundi, terutama pada saat-saat akhir apabila kempen Jom Balik Mengundi semakin rancak.
ARTIKEL BERKAITAN:
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Walaupun tiada angka rasmi mengenai jumlah sebenar yang akan pulang, kelompok inilah sering dianggap mampu mengubah keputusan di kerusi-kerusi sengit. Jadi, siapa bakal menang?
Majoriti penganalisis melihat Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan untuk mempertahankan kerajaan negeri berdasarkan kekuatan jentera, penyandang dan rekod pentadbiran.
Namun, Pakatan Harapan (PH) dijangka memberi tentangan lebih sengit di kawasan bandar dan kerusi yang mempunyai ramai pengundi muda.
Faktor pengundi luar juga boleh menjadi pemboleh ubah yang sukar diramal sehingga hari pengundian.
Kalau BN terus menang, rakyat mungkin menjangkakan kesinambungan projek pembangunan, pelaburan dan usaha menjadikan Johor hab ekonomi yang lebih besar.
Jika PH tiba-tiba mencipta kejutan di lebih banyak kerusi, mereka pasti akan membawa naratif semak dan imbang yang lebih kuat dalam Dewan Undangan Negeri.
Akhirnya, keputusan berada di tangan anak Johor sendiri. Balik mengundi mungkin tidak memberikan elaun perjalanan, minyak percuma atau cuti tambahan tetapi ia memberikan satu perkara yang tidak boleh dibeli iaitu hak menentukan masa depan negeri sendiri.
*Arziana Mohmad Azaman ialah Sub Editor Sinar Harian