Kes tikam di sekolah: 10 nama pelajar tular dipanggil beri keterangan

Iklan
Shazeli (tengah) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM – Polis telah mengambil banyak rakaman percakapan, termasuk daripada 10 pelajar yang namanya tular di media sosial, bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan dan belum selesai sepenuhnya, justeru orang ramai diminta memberi ruang kepada pegawai penyiasat melengkapkan siasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Iklan
Iklan

Hasil siasatan awal mendapati suspek kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting dipercayai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.

"Siasatan berhubung kes tikaman itu masih berjalan dan belum selesai sepenuhnya. Jadi saya minta beri ruang kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum membuat sebarang kesimpulan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Khamis.

Iklan

Mengulas hasil siasatan awal, Shazeli berkata, suspek dipercayai bertindak kerana memendam perasaan tidak puas hati terhadap beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.

Tangkap layar video tular insiden pelajar ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang lagi pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

Suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini keterangan yang diperoleh belum menunjukkan wujudnya kejadian buli seperti yang didakwa.

"Namun, hasil daripada keterangan yang diperoleh tidak menjurus kepada berlakunya aktiviti buli tersebut," katanya.

Beliau turut memaklumkan keadaan mangsa kini stabil dan masih menerima rawatan serta menjalani proses pemulihan di hospital.

"Temu bual terhadap mangsa juga telah dijalankan," katanya.

Ditanya sama ada tindakan suspek dipengaruhi kandungan media sosial berunsur jenayah, Shazeli berkata, aspek itu turut disiasat kerana dipercayai berpotensi mempengaruhi pemikiran dan kelakuan suspek.

Beberapa keping surat yang disyaki milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa keping surat yang dipercayai milik suspek berusia 15 tahun tular di media sosial. Tinjauan di beberapa akaun Threads mendapati surat atau nota berkenaan mula dimuat naik selepas insiden itu berlaku dan dipercayai mengandungi catatan mengenai suspek serta beberapa individu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa bahagian badan selepas dipercayai ditikam menggunakan sebilah pisau di kawasan sekolah.

Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana menjalani rawatan kesihatan dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui laluan utama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi sebelum ini dilaporkan berkata, suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Remaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis