[VIDEO] Bekas tapak longgokan sampah kini jana hasil cili fertigasi
Iklan
MUAR – Sebidang tanah terbiar yang dahulunya menjadi tempat longgokan sampah di Kampung Sungai Abong, di sini berjaya ditransformasikan menjadi projek tanaman cili fertigasi yang menjana pendapatan dan menyokong aktiviti kemasyarakatan.
Hasil tanaman cili fertigasi di bekas tempat longgokan sampah.
Iklan
Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Abong, Ab Kahar Mashuri berkata, projek di bawah inisiatif Sejati Madani tu mula dilaksanakan pada November 2024 dengan tanaman cili jenis Sakata dan Sentil di kawasan seluas kira-kira 1.5 ekar.
Ab Kahar
Iklan
Menurutnya, projek berkenaan melibatkan penyertaan aktif kira-kira 10 hingga 15 penduduk setempat dan dipantau oleh seorang pengurus projek yang dilantik bagi memastikan tanaman diuruskan dengan baik.
"Sehingga kini, projek itu telah memasuki pusingan tanaman keempat dengan setiap pusingan mengambil masa antara empat hingga lima bulan, bergantung pada keadaan cuaca sebelum pokok diganti.
Iklan
"Pokok cili memerlukan penjagaan rapi kerana mudah diserang penyakit dan serangga, terutama ketika musim hujan. Sebab itu, pemantauan perlu dibuat secara berterusan bagi memastikan hasil yang diperoleh memuaskan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Ab Kahar berkata, bagi fasa ketiga projek, sebanyak 700 kilogram cili berjaya dihasilkan dengan nilai jualan hampir RM8,000, manakala hasil bagi fasa pertama dan kedua juga memperoleh berada pada kadar yang hampir sama.
Cili fertigasi diusahakan sejak 2024.
Katanya, cili yang dihasilkan dipasarkan kepada peniaga, pasar awam, pengusaha katering serta komuniti setempat dan sentiasa mendapat permintaan sehingga tiada lebihan hasil.
"Setakat ini, tidak berlaku pembaziran akibat lambakan cili kerana permintaannya sentiasa menggalakkan," katanya.
Beliau berkata, semua hasil jualan dimasukkan semula ke dalam akaun JPKK bagi membiayai aktiviti kemasyarakatan, penyelenggaraan projek serta program pembangunan kampung.
Komuniti kampung menjayakan inisiatif Sejati Madani bagi projek penanaman cili fertigasi di Sungai Abong.
Katanya, projek yang menerima peruntukan RM100,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu turut menerima pengiktirafan apabila muncul johan pertandingan MyChampion Komuniti peringkat Johor.
"Pengalaman mengendalikan projek selama hampir dua tahun memberi keyakinan kepada JPKK untuk memperluaskan tanaman ke kawasan tanah poket lain yang terbiar di sekitar kampung.
"Kami mahu meneruskan projek ini kerana masih banyak tanah poket di kawasan pinggir bandar yang terbiar.
"Daripada menjadi lokasi pembuangan sampah, lebih baik dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian yang memberi manfaat kepada komuniti," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>