SUBANG JAYA - Jenama suplemen terkemuka dengan kepakaran dipercayai selama hampir 80 tahun, VitaHealth melancarkan VLife, rangkaian nutrisi mudah alih generasi baharu secara eksklusif di BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy.
Direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa sibuk, VLife mentakrifkan semula kesejahteraan harian sebagai mudah, menyeronokkan dan praktikal untuk diamalkan dalam rutin harian.
Ketua Pegawai Eksekutif Vita Life Sciences (Malaysia dan Singapura), Dr KS Beh berkata, pengguna hari ini lebih sibuk berbanding kebiasaan dan sering mengetepikan kesihatan disebabkan kepelbagaian komitmen serta keutamaan lain.
"Dengan VLife, kami mahu menjadikan kesejahteraan sebagai sesuatu yang menyeronokkan, bukannya satu bebanan.
"Ini sekali gus membantu orang ramai membina tabiat lebih sihat melalui nutrisi harian yang mudah," katanya ketika majlis perasmian pelancaran VLife baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Unit Perniagaan, Kesihatan dan Rehabilitasi BIG CARING Group, Tay Li Yen; ahli farmasi BIG CARING Group, Shally Gan dan pemain badminton Olimpik merangkap duta VitaHealth, Pearly Tan.
Pearly juga sempat berkongsi pengalamannya menggunakan VLife dalam menyokong jadual latihannya yang padat.
“Jadual saya sering berubah. Dengan adanya suplemen dalam bentuk yang mudah diambil pada bila-bila masa dan di mana sahaja, ia membantu saya untuk kekal konsisten.
"VLife sangat sesuai dengan rutin harian saya dan membantu kekal fokus untuk memberikan prestasi terbaik, sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang,” jelasnya.
Sementara itu, Li Yen menekankan bahawa rangkaian produk tersebut selari dengan trend dan keperluan pengguna masa kini yang mengutamakan gaya hidup serba pantas.
"Di BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy, kami percaya menjaga kesihatan seharusnya mudah, praktikal dan boleh diakses semua orang.
"Kerjasama kami dengan VitaHealth untuk memperkenalkan siri VLife mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam membawakan penyelesaian kesihatan inovatif dan menepati gaya hidup masyarakat hari ini yang sentiasa sibuk, tanpa menjejaskan kualiti atau keberkesanan.
"Kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi produk yang menjadikan pengambilan suplemen harian lebih mudah berbanding sebelum ini," ujarnya lagi.
VLife menawarkan nutrisi keberkesanan tinggi dalam format mudah ditelan yang boleh diambil pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Dirumus untuk menyokong keperluan kesihatan utama seperti imuniti, ketenangan minda, tenaga, kesihatan mata dan kesihatan wanita, VLife membantu individu mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik meskipun berdepan jadual padat.
Jenama itu juga menggabungkan sains terkini, ramuan berkualiti tinggi dan kemudahan dalam satu rangkaian produk.
Rangkaiannya mesra vegan, disahkan halal dan dikilangkan di bawah piawaian jaminan kualiti yang ketat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan VitaHealth terhadap keselamatan, keberkesanan serta kepercayaan pengguna.
VLife turut diperkasakan dengan teknologi doubleNUTRI®, yang dioptimumkan untuk penyerapan nutrien pantas dan efisien bagi meningkatkan keberkesanannya.