KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa, beliau tidak tahu bahawa mana-mana syarikat dalam program Jana Wibawa telah membuat sumbangan politik kepada Bersatu.
Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-11 berkata demikian dalam perbicaraan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.