Pelantikan Azam Baki: C4 Center, Bersih kemuka empat tuntutan kepada kerajaan

Iklan
AZAM BAKI

SHAH ALAM - Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengemukakan empat tuntutan kepada kerajaan termasuk supaya dapatan siasatan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki didedahkan segera.

Gesaan itu dibuat susulan kehadiran Azam dalam mesyuarat Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menimbulkan kebimbangan serius mengenai peranannya dalam mesyuarat peringkat tinggi itu khususnya memandangkan pelbagai dakwaan terhadapnya masih belum diselesaikan.

Iklan
Iklan

Selain itu, kedua-dua pertubuhan kesal kerana dapatan siasatan ke atas Azam masih belum didedahkan kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah persoal pelantikan Azam Baki sebagai Penasihat NFCC

Iklan

Pelantikan Azam Baki sah, tidak terikat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Ketua Pengarah NFCC

Azam Baki disyor berehat seketika - IDEAS

Iklan

Pelantikan Azam Baki dalam NFCC ikut undang-undang - MCW

Dalam tuntutan pertama, mereka meminta Jawatankuasa Siasatan Khas yang menyiasat Azam mendedahkan dapatan siasatan kepada umum dengan segera bagi membolehkan penelitian awam dilakukan secara telus.

"Tuntutan kedua, kerajaan digesa menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 2(1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"RCI berkenaan perlu dipengerusikan bekas anggota badan kehakiman yang dihormati bagi menyiasat dakwaan membabitkan mafia korporat, penglibatan Azam dalam dakwaan tersebut serta isu pegangan saham," menurut kenyataan bersama pada Sabtu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini dilapor mempersoal justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat pusat berkenaan memandangkan beliau terpalit dengan beberapa isu termasuk skandal berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.

Dalam masa sama, kedua-dua pertubuhan itu turut menuntut supaya proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak lagi berada di bawah kuasa Eksekutif, sebaliknya dipindahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) di Dewan Rakyat.

Menurut mereka, pelantikan itu perlu dibuat berasaskan kriteria dan proses yang jelas, manakala proses penyingkiran Ketua Pesuruhjaya SPRM hendaklah mengikut mekanisme sama seperti penyingkiran hakim Mahkamah Persekutuan.

Tuntutan keempat pula, meletakkan SPRM di bawah pengawasan PSSC dengan jawatankuasa itu diberikan kuasa menjalankan siasatan, memanggil saksi, mendapatkan dokumen serta mengesyorkan tindakan terhadap sebarang salah laku.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah persoal pelantikan Azam Baki sebagai Penasihat NFCC

Pelantikan Azam Baki sah, tidak terikat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Ketua Pengarah NFCC

Azam Baki disyor berehat seketika - IDEAS

Pelantikan Azam Baki dalam NFCC ikut undang-undang - MCW

Menurut kenyataan itu, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dicemari pelbagai kontroversi dan dakwaan salah laku yang membabitkan dirinya serta SPRM.

C4 Center dan Bersih berpandangan NFCC tidak boleh mendakwa mempunyai kredibiliti atau autoriti dalam isu jenayah kewangan sekiranya individu yang berulang kali dikaitkan dengan dakwaan sedemikian masih menganggotai badan penasihat tersebut.

"Dalam masa sama, kegagalan institusi berkaitan mengambil tindakan terhadap Azam dan kepimpinan SPRM hanya menjadikan kehadirannya dalam NFCC lebih membimbangkan.

"Keadaan ini memberi gambaran bahawa kerajaan tidak memandang serius isu rasuah dan jenayah kewangan, selain menimbulkan persepsi wujud layanan istimewa terhadap Azam," menurut kenyataan itu.

C4 Center dan Bersih turut mempersoalkan penjelasan Jabatan Perdana Menteri bahawa Azam merupakan ahli Lembaga Penasihat NFCC sejak 2024.

Menurut mereka, penjelasan itu hanya menguatkan persoalan mengapa beliau masih dibenarkan kekal menganggotai lembaga berkenaan walaupun berdepan pelbagai siasatan.

Selain itu, mereka turut mempersoalkan kedudukan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang menganggotai Lembaga Penasihat NFCC bersama Azam, sedangkan pada masa sama mengetuai jawatankuasa yang menyiasat bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Menurut mereka, keadaan tersebut boleh menimbulkan konflik kepentingan dan mencetuskan keraguan terhadap ketelusan dan keberkesanan siasatan yang dijalankan.