Azam Baki disyor berehat seketika - IDEAS
Iklan
Aira berkata, pelantikan Azam ketika masih terdapat isu yang membabitkan beliau adalah tidak sesuai.
SHAH ALAM – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki disyorkan supaya berehat daripada menerima sebarang pelantikan baharu sehingga segala dakwaan yang membabitkan beliau diselesaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari berkata, pelantikan Azam sebagai penasihat Pusat Kewangan Kebangsaan ketika masih terdapat isu yang membabitkan beliau adalah tidak sesuai.