Niat bantu bertukar tragedi, polis terlanggar mangsa rebah hingga maut

Iklan
Pelaku mendakwa dia tidak menyedari kehadiran mangsa di atas jalan kerana kawasan itu gelap. - Foto Agensi

INCHEON - Seorang anggota polis berdepan siasatan jenayah pada Jumaat selepas dia didakwa melakukan kesilapan ketika bertugas apabila melanggar seorang wanita yang rebah di atas jalan raya dan cuba dibantunya.

Insiden itu melibatkan pelaku berusia dalam lingkungan 20-an yang didakwa menyebabkan kematian akibat kemalangan lalu lintas.

Iklan
Iklan

Menurut pegawai di Balai Polis Michuhol, Incheon, anggota tersebut dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan tentang mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.45 tengah malam (waktu tempatan), anggota polis itu dipercayai melanggar mangsa menggunakan kereta perondanya.

Iklan

Penyiasat dimaklumkan bahawa dia tidak menyedari kehadiran mangsa di atas jalan kerana kawasan itu gelap.

Pihak berkuasa berkata mereka akan menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada waran tangkap akan dikeluarkan terhadap anggota polis berkenaan.

Iklan

Difahamkan, seorang sarjan polis yang berada di tempat duduk penumpang ketika kejadian dijangka tidak dikenakan tindakan. - Agensi