YouTuber Australia dedah keadaan flat didiami warga asing di KL kotor, tidak terurus

Iklan
Youtuber Australia mendedahkan keadaan di Shanghai Bund yang didakwa dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

KUALA LUMPUR – Tular video memaparkan Flat Hicks atau dikenali sebagai 'Shanghai Bund' di Jalan Changkat di sini yang didakwa menjadi penempatan warga asing didedahkan seorang YouTuber dari Australia menerusi saluran YouTube miliknya.

Rakaman berdurasi hampir 30 minit yang dimuat naik Marco Roams itu memaparkan beliau meninjau sendiri keadaan bangunan berkenaan yang didakwa semakin uzur, kotor dan tidak diselenggara dengan baik.

Iklan
Iklan

Menerusi video berkenaan, Marco berkata, beliau kembali mengunjungi Flat Hicks selepas kira-kira satu setengah tahun bagi melihat sama ada terdapat perubahan di kawasan itu.

Kerja-kerja pembersihan segera telah diarahkan dilaksanakan di Flat Hicks susulan penelitian semula terhadap keadaan bangunan berkenaan selepas video tersebut tular di media sosial.

Iklan

Bagaimanapun, beliau mendakwa keadaan bangunan tersebut masih tidak banyak berubah dengan persekitarannya dipenuhi longgokan sampah, koridor yang sempit, selain keadaan kebersihan yang tidak memuaskan.

Menurutnya, Flat Hicks yang turut dikenali sebagai 'Shanghai Bund' didakwa menjadi penempatan kepada sebahagian besar warga asing dengan beberapa unit kediaman dihuni ramai penghuni dalam satu masa.

Iklan

Beliau turut mendakwa keadaan itu bukan sahaja menimbulkan isu kebersihan, malah memberi gambaran kurang baik terhadap imej Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Rakaman tersebut turut memaparkan keadaan di sekitar blok kediaman termasuk lorong-lorong bangunan yang dipenuhi pelbagai barangan, sampah sarap dan kemudahan awam yang dilihat tidak diselenggara dengan baik.

Kerja-kerja pembersihan segera telah diarahkan dilaksanakan di Flat Hicks susulan penelitian semula terhadap keadaan bangunan berkenaan selepas video tersebut tular di media sosial.

Perkongsian video berkenaan kemudiannya tular di pelbagai platform media sosial dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan bangunan itu serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Flat Hicks sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan penempatan warga asing dan menjadi lokasi beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi berkaitan.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kerja-kerja pembersihan segera telah diarahkan dilaksanakan di Flat Hicks susulan penelitian semula terhadap keadaan bangunan berkenaan selepas video tersebut tular di media sosial.

Menurut DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud telah mengadakan lawatan ke lokasi itu pada Rabu susulan aduan serta kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk dan orang awam.

Flat Hicks sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan penempatan warga asing dan menjadi lokasi beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi berkaitan.

DBKL memaklumkan pihaknya sebelum ini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan terhadap pelbagai kesalahan yang dikesan di premis berkenaan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan terbaharu mendapati masih terdapat beberapa isu yang belum dapat diselesaikan.

"Sebagai langkah segera, Datuk Bandar telah mengarahkan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan tanpa berlengah bagi memperbaiki keadaan di kawasan tersebut," menurut kenyataan DBKL pada Khamis.

Menurut DBKL, Pesuruhjaya Bangunan (COB) turut diarahkan mengadakan mesyuarat khas bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Hicks yang akan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu bertujuan mengenal pasti punca isu yang berulang, memperjelaskan tanggungjawab setiap pihak serta menyelaras pelan tindakan yang lebih tersusun bagi menangani masalah di bangunan berkenaan.