Mbappe pacu Perancis ke pusingan 16

Iklan
Mbappe (kiri) terus pamer bisa di Piala Dunia. Foto Agensi

KYLIAN Mbappé terus mempamerkan sentuhan berbisa apabila meledak dua gol pada setiap babak ketika membantu Perancis menewaskan Sweden 3-0 pada aksi awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia.

Jaringan berganda penyerang berbisa itu menjadikan jumlah golnya dalam kejohanan meningkat kepada enam, sekali gus menyamai rekod Lionel Messi dalam perebutan Anugerah Kasut Emas.

Iklan
Iklan

Satu lagi gol Les Blues dijaringkan Bradley Barcola pada minit ke-53.

Perancis dijadualkan berdepan Paraguay di pusingan 16 selepas wakil Amerika Selatan itu mencipta kejutan besar menyingkirkan juara empat kali, Jerman menerusi penentuan penalti.

Iklan

Perlawanan Perancis menentang Paraguay akan berlangsung pada jam 5 pagi, Ahad ini.

Dalam satu lagi aksi, Norway turut melangkah ke pusingan 16 selepas menewaskan Ivory Coast 2-1 awal pagi tadi.

Iklan