Wanita 61 tahun bunuh suami kerana mahu kahwin lain

Iklan
Y (tengah) dinamakan sebagai suspek utama kes pembunuhan suaminya. - Foto Agensi

PURWOKERTO - Seorang wanita tergamak membunuh suaminya hanya kerana mahu berkahwin lain dalam kejadian menggemparkan di Indonesia.

Mangsa dikenali sebagai EMS, 67, yang merupakan penduduk Kelurahan Arcawinangun, Kecamatan Purwokerto Timur, Kabupaten Banyumas dibunuh isterinya, Y, 61, yang kini dinamakan sebagai suspek utama.

Iklan
Iklan

Kapolresta Banyumas, Kombes Pol Petrus P Silalahi berkata, mayat lelaki itu ditemui di dalam bilik di rumahnya pada Sabtu lalu.

Jasad mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang di atas katil dengan kesan lebam pada kepala dan telinganya berdarah.

Iklan

Sebelum ini, suspek mendakwa motosikal milik suaminya telah dicuri sebelum dibunuh, namun pihak berkuasa percaya ia hanyalah cerita rekaan untuk menutup perbuatannya.

Difahamkan, beberapa bahan bukti termasuk sebatang kayu, pisau dan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) telah dirampas pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Iklan

Polis juga masih menyiasat kemungkinan terdapat pihak lain yang terlibat dalam kes itu dan memperincikan motif serta kronologi kejadian yang membawa kepada kematian mangsa. - Agensi