Cabaran sebenar Bersatu di PRN Johor

Iklan
PRN ini jugalah menjadi ujian awal kepada keupayaan Bersatu untuk menghadapi kempen tanpa sokongan jentera yang seragam daripada rakan sekutu dalam PN.

TIRAI Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 secara rasmi dibuka pada Sabtu apabila seramai 172 calon akan bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRN ini jugalah menjadi ujian awal kepada keupayaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadapi kempen tanpa sokongan jentera yang seragam daripada rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Perkembangan itu merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mengarahkan semua jentera parti itu tidak membantu operasi kempen di kawasan DUN yang ditandingi Bersatu.

Situasi tersebut secara luarannya dilihat akan menimbulkan implikasi langsung terhdap kekuatan mobilisasi di peringkat akar umbi.

Iklan

Dalam mana-mana pilihan raya, jentera bukan sekadar pelengkap kempen, tetapi menjadi nadi utama yang menentukan keberkesanan gerak kerja sepanjang 14 hari tempoh berkempen sebelum rakyat membuang undi pada 11 Julai nanti.

Ketiadaan sokongan Pas sebagai salah satu komponen terbesar dalam PN, ia meletakkan Bersatu dalam posisi yang lebih terdedah, khususnya di kawasan majoriti pengundi Melayu yang lazimnya memerlukan rangkaian yang kuat untuk digerakkan secara berkesan.

Iklan

Isunya bukan hanya soal bilangan petugas, tetapi juga perkara dalam membina kepercayaan, jaringan akar umbi dan keupayaan menyentuh pengundi di setiap peringkat.

Dalam konteks PRN, kelemahan ini boleh diterjemahkan secara langsung kepada sokongan politik dan seterusnya kiraan undi kelak.

Bagi Bersatu, cabaran itu memaksa parti berkenaan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan sendiri dan sokongan rakan komponen lain seperti Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) atau Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sedia membantu di 16 kawasan yang ditandingi.

Penganalisis politik melaporkan Bersatu sebelum ini banyak bergantung kepada jentera akar umbi dan sokongan Pas terutama di kawasan luar bandar dan majoriti Melayu pada pilihan raya lalu sekali gus menjadikan peranan parti itu cukup signifikan dalam menentukan kekuatan kempen gabungan tersebut.

PN yang ditubuhkan pada Ogos 2020 menjadi blok pembangkang utama dengan sokongan kukuh pengundi Melayu.

Namun, landskap gabungan itu berubah ketara beberapa minggu lalu apabila Pas secara rasmi mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu.

Justeru itu, PRN Johor menjadi indikator awal kekuatan calon dan parti serta ujian kepada daya tahan sebuah gabungan politik yang masih mencari formula kestabilan dalam realiti politik Malaysia yang semakin kompetitif.

Keputusan pada 11 Julai nanti akan menjadi jawapan paling jelas kejayaan strategi Bersatu mampu bertahan tanpa sokongan penuh jentera sekutu atau sebaliknya.