MEXICO CITY - Angka korban akibat gempa bumi berturut-turut yang melanda Venezuela melonjak kepada 589 orang, manakala 2,980 lagi cedera, kata Pemangku Presiden, Delcy Rodríguez pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua gempa bumi kuat berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter menggegar utara dan tengah Venezuela pada Rabu malam, dengan selang masa hanya 39 saat antara kedua-dua gegaran.