Ban pecah: 32 rumah dilanda banjir

Iklan
Anggota bomba memantau di lokasi kejadian.

KUALA LANGAT – Sebanyak 32 rumah di Jalan Pudina 7, Taman Langat Utama 2 Bukit Changgang di sini terjejas akibat banjir selepas ban dilaporkan pecah pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 pagi.

Iklan
Iklan

"Setibanya anggota bomba di lokasi pada jam 4.35 pagi mendapati banjir telah melanda kawasan perumahan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Keadaan banjir di kawasan perumahan di Taman Langat Utama di sini pada Rabu.

Iklan

Ashrul Riezal berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan perumahan dengan paras air dianggarkan antara 0.3 meter hingga 0.9 meter.

"Hasil pemantauan mendapati sebanyak 32 buah rumah terjejas akibat ban pecah yang dipercayai berlaku kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Iklan

Menurutnya, kebanyakan penghuni yang terjejas telah keluar lebih awal dari kediaman masing-masing sebaik menyedari kejadian tersebut.

"Penduduk yang terjejas dinasihatkan supaya segera keluar dari rumah dan berpindah ke lokasi yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya.