Rai ulang tahun kedua, AEON Bank perkenal sahabat bajet AI Neko Sensei

Iklan
AEON Bank memperkenalkan mentor pengurusan kewangan berpacukan AI dalam aplikasinya yang dinamakan Neko Sensei sempena ulang tahun kedua.

BANK digital Islamik pertama di Malaysia, AEON Bank meraikan ulang tahun kedua penubuhannya dengan tema sambutan '2gether Lagi Better' menerusi pelbagai kempen bertumpukan pelanggan dan penawaran produk digital yang penuh kelainan.

Menurut AEON Bank, salah satu tarikan utama sambutan ialah fungsian mentor pengurusan kewangan berpacukan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasinya yang dinamakan Neko Sensei.

Iklan
Iklan

"Direka cipta untuk mendorong pelanggan menguasai tips bijak berbelanja dan menggalakkan mereka untuk lebih peka dan proaktif menerusi panduan pengurusan kewangan praktikal, Neko Sensei berperanan sebagai mentor peribadi pengurusan kewangan yang dapat membantu anda lebih celik Ringgit dan boleh diakses menerusi aplikasi AEON Bank.

Iklan

"Membawa pembaharuan ketara dalam pengurusan kewangan peribadi yang lebih proaktif, Neko Sensei berfungsi sebagai sahabat bajet atau perancang kewangan yang dapat membantu menterjemahkan data atau persoalan kewangan rumit kepada maklumat atau tips yang mudah diguna pakai.

"Ini sekali gus membantu pelanggan mengurangkan ketirisan kewangan, menggandakan wang simpanan serta membantu dalam memahami corak perbelanjaan, memudahkan pelanggan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dalam masa sama, mengimbas kembali pencapaian sepanjang dua tahun lalu, AEON Bank terus merekodkan perkembangan positif dari segi kepercayaan dan keterlibatan pelanggan, membuktikan sektor perbankan digital kian berkembang pesat dalam memenuhi keperluan perbankan yang terintegrasi dengan gaya hidup harian rakyat Malaysia.

Ia merangkumi transaksi tanpa tunai dan pembayaran digital harian yang lancar, pengalaman perbankan digital yang terbeza, pengurusan kewangan peribadi, serta penyelesaian perbankan perniagaan hibrid untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta usahawan tempatan.

"Ulang tahun ke-2 menggambarkan perjalanan 2 tahun AEON Bank, memperlihatkan hubungan erat antara AEON Bank dan pihak-pihak berkepentingan di seluruh aspek, terutamanya para pelanggan Perbankan Peribadi dan Perbankan Perniagaan (AEON Bank Biz).

"Tema ini menekankan bahawa AEON Bank kian melangkah maju bersama komuniti dan bersedia memberikan perkhidmatan yang lebih dinamik kepada pelanggan.

"Malah untuk membuktikan kepentingan ulang tahun ke-2, konsep ulang tahun bertumpukan kepada digit 2, dengan manfaat dua kali lebih besar dan nilai berganda untuk para pelanggan yang aktif menggunakan aplikasi AEON Bank," katanya.

Sejak pelancaran rasminya pada 2024, AEON Bank terus mengukuhkan infrastruktur teknologi dan keupayaan digitalnya, di samping mengembangkan segmen perbankan peribadi dan perniagaan, serta mendorong adopsi pelanggan secara strategik serta terus memperluaskan pembangunan ekosistemnya.

Menggabungkan ketangkasan infrastruktur natif awan dan pengoptimuman AI bersama kekuatan DNA Syariah serta daya tahan semangat Malaysia, AEON Bank berada pada kedudukan yang mampan untuk menyediakan pengalaman #PerbankanLebihDinamik.

AEON Bank terus komited untuk memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka, memupuk masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua serta memangkin pertumbuhan ekonomi digital rantau ini.

Bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, antaranya Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Perniagaan-i dan Biz Term Deposit-i, deposit tersebut dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.