Tujuh maut, puluhan cedera akibat kebocoran gas ammonia di India

Iklan
Tujuh maut dan lebih 40 cedera akibat kebocoran gas ammonia di kemudahan makanan laut di Tamil Nadu. Gambar hiasan

MOSCOW - Tujuh orang maut manakala lebih 40 yang lain cedera akibat kebocoran gas ammonia di sebuah kemudahan eksport makanan laut swasta di selatan India, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Insiden itu berlaku di kampung Kannigaipair di negeri Tamil Nadu, menurut laporan The Times of India.

Iklan
Iklan

Sebahagian besar kakitangan kemudahan itu merupakan pekerja migran, yang kebanyakannya wanita, menurut laporan berkenaan.

Kira-kira 120 pekerja berada di premis itu ketika kejadian berlaku walaupun pada hari cuti, tambah akhbar berkenaan.

Iklan

Kebocoran yang berpunca daripada unit pemprosesan makanan laut dan merebak ke seluruh premis itu mengorbankan tujuh pekerja, manakala lebih 40 yang lain dimasukkan ke hospital akibat mengalami kesukaran bernafas serta pendarahan dari mulut dan hidung, menurut laporan itu. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

Iklan