'Pukul 3 pagi pun saya telefon' - TMJ tegas pantau pentadbiran Kerajaan Johor
Iklan
Tunku Mahkota Ismail dalam Podcast Bual Santai Petang Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor, pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan pentadbiran negeri sentiasa dipantau agar setiap dasar, projek dan arahan benar-benar dilaksanakan.
Baginda bertitah, pemantauan terhadap pentadbiran negeri dilakukan secara serius, termasuk mendapatkan penjelasan terus daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya sesuatu perkara masih belum diselesaikan.
Iklan
Iklan
"Kalau tidak buat kerja, awak boleh tanya Datuk Menteri Besar, boleh tanya Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Sampai kadang-kadang pukul tiga pagi pun saya telefon dan tanya, kenapa benda ini belum siap,” titah baginda dalam Podcast Bual Santai Petang Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor pada Sabtu.
Iklan
Justeru baginda mengingatkan supaya mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya menggambarkan Kerajaan Negeri Johor sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
“Saya monitor kerajaan saya. Saya pastikan kerajaan ini buat kerja,” titah baginda.
Iklan
Baginda turut menegaskan bahawa Johor tidak memerlukan politik yang hanya dipenuhi janji, teori dan lakonan, sebaliknya kepimpinan yang mampu melaksanakan keputusan serta memberikan hasil nyata kepada rakyat.
“Saya tidak suka janji ataupun cakap dongeng. Saya suka melaksanakan. Apabila ada visi, mesti kita laksanakan.
“Visi tanpa pelaksanaan hanyalah satu halusinasi,” titah baginda.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, rakyat perlu menilai sesebuah kerajaan berdasarkan fakta, prestasi, kemampuan turun padang dan hasil yang berjaya dilaksanakan.
Baginda turut mengingatkan bahawa mencari kesalahan dan membuat janji ketika menjadi pembangkang adalah mudah, namun tidak semua pihak mempunyai keupayaan untuk mentadbir apabila diberikan amanah.
“Untuk cari isu, cari salah dan menjadi pembangkang memang senang.
“Tetapi apabila sudah dapat kerusi untuk mentadbir, tidak semua orang boleh mentadbir,” titah baginda.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>