WASHINGTON - Rumah agam di Greenwich, Connecticut, yang pernah didiami oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan isteri pertamanya Ivana Trump, bakal dirobohkan oleh pemilik baharu bagi pembangunan semula kawasan berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan Page Six pada Jumaat.
Menurut laporan itu, pemilik baharu berkenaan merancang untuk membina gelanggang tenis terbuka dan tertutup, kolam renang terbuka, beberapa bangunan tambahan, serta sebuah rumah utama yang baharu.