Trump siar peta Selat Hormuz, namakannya 'Selat Trump'

Iklan
Donald Trump - Foto: AFP

MOSCOW - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menyiarkan peta Selat Hormuz di platform Truth Social dengan melabelkannya sebagai"Selat Trump”.

Pada awal September, Trump mencadangkan supaya Selat Hormuz dinamakan sempena namanya sendiri dengan mendakwa bahawa AS kini menguasai laluan perairan itu.

Iklan
Iklan

Rumah Putih sebelum ini turut menyiarkan peta di media sosial yang melabelkan Selat Hormuz sebagai"Selat Trump”. - Bernama 

 

Iklan
Iklan