KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Empat termasuk seorang bayi perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad.
Mangsa yang maut dikenali sebagai A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pemandu lori treler berusia 40 tahun cedera.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.35 petang.
"Anggota bersama jentera yang tiba di lokasi jam 5.15 petang bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Honda City menggunakan peralatan menyelamat khas," katanya.
Beliau berkata, semua mangsa yang tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan manakala pemandu treler berbangsa india hanya mengalami kecederaan.
"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dibantu Pasukan Bomba Sularela (PBS) Elektriksolar Janda Baik.
Mohd Salahuddin berkata, semua mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.