Gempar buaya terperangkap dalam longkang

Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan kerja menangkap buaya berkenaan.

KUALA LANGAT - Penduduk di kawasan Sungai Manggis, Banting digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang lebih 3 meter yang ditemui terperangkap dalam longkang berdekatan sebuah stesen minyak di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

Seekor buaya sepanjang lebih 3 meter yang ditemui terperangkap dalam longkang.

Iklan

"Operasi menangkap reptilia itu kemudian dijalankan oleh anggota bomba yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai lapan anggota terlibat dalam operasi itu dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux.

Iklan

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," katanya.