JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) memuktamadkan pendirian untuk bertanding menggunakan logo dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu antara lima keputusan utama yang dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan gabungan politik berkenaan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.