Ahmad Zahid sepatutnya letak jawatan, bukan Anthony Loke - Naib Pengerusi DAP Johor

Iklan
Sheikh Umar

KOTA TINGGI – Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya meletakkan jawatan berbanding Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri didakwa telah memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ahmad Zahid juga dilihat mempertikaikan beberapa dasar kerajaan termasuk Budi Madani RON95 (BUDI95), sedangkan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu merupakan sebahagian daripada Kabinet yang membuat keputusan berkaitan dasar berkenaan.

“Sebenarnya ramai yang tidak setuju sewaktu mesyuarat CEC. Tetapi setelah berbincang, kami muafakat dan mengambil keputusan secara kolektif.

Iklan

Pada Sabtu, Anthony mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Seremban itu membuat keputusan berkenaan selepas cadangan peletakan jawatan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Iklan

Dalam pada itu, Sheikh Umar berkata, tindakan mempertikaikan polisi kerajaan termasuk BUDI95 juga dilihat tidak selari dengan kedudukan Ahmad Zahid sebagai anggota Kabinet.

“Beliau mempertikai polisi kerajaan. Pertikai BUDI95. Sedangkan beliau dalam Kabinet yang sama. Beliau buat keputusan sama-sama.

“Sewaktu banyak negara di dunia menghormati kepimpinan Anwar, Zahid memperlekeh dan memperbodohkan beliau,” katanya.

Jelas beliau, Anwar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Ahmad Zahid daripada Kabinet sekiranya Perdana Menteri berpandangan demikian.

“Bagi saya, sepatutnya Zahid yang letak jawatan. Bukan Anthony Loke.

“Atau Anwar lucutkan Zahid. Ganti dengan pemimpin UMNO lain. Mungkin Khaled Nordin atau Johari Abdul Ghani.

“Mereka lebih komited jaga nama baik kerajaan dan negara. Itu kuasa Anwar. Anwar boleh lakukannya,” katanya.